CONGRATS HOUSEWIFE...

semalam half day coz babysitter ada appointment check up ngan doktor...penat semalam belum hilang lagi...masih terasa smp ke hari ni....apa tak nya...mlm tadi kul 11pm br lena..tu pun..kejap2 jaga smp ke pagi coz nurina x sihat...demam..so tido dia pun terganggu...tu belum msk bab abang2 dia lagi...kejap2 jaga...nangis...dr tghr semalam lik  keja x henti2 wat keja umah....time nak tido br boleh dikategorikan sbg rehat...walaupun letih teramat..tapi aku rasa hepi coz aku berjaya uruskan anak2 tanpa bantuan my luv....yer..sememangnya pun dh 2 minggu aku uruskan anak2 tanpa bantuan org tersayang...
berbaloi walaupun aku kena potong gaji (AL dh abis) bila tgk umah dh kemas dan bersih....hehhehe..

pastu terpikir plak...mcm mana la org yg x bekerja yer....siang mlm ngadap benda yang sama....anak2...keja umah yg x pnhnya abih dan mcm2 lg.....aku baru semlm half day pun rs cam nak pengsan....apa taknya..sume nak kena buat....basuh kain, jemur kain, lipat kain..kemas umah, dapur...masak tuk anak2...uruskan anak2...pendek kata sume aku kena wat sendiri....penat sgt2....sbbnya my luv x dak kat sini....klu dia ada ringan skit keja....weekend x yah ckp la...klu my luv ada pun weekend tu mmg hari yg dh diperuntukkan untuk aku punya....klu mcm ni..rsnya aku belum bersedia untuk jadi suri rumah sepenuh masa....so,pd ibu2, emak2, umi2, mama2 yang bekerja sbg suri rumah sepenuh masa tu, syabas!!aku mmg respect la korang sume....








MANDI WILADAH...maybe ramai yg x tahu...


tadi tgh tgk2 balik email yang lama2 terjmp email ni...
maybe ramai yg x tahu.. Moga ILMU ni dimanfaatkan
bersama..Insya- ALLAH..


Memang betul kenyataan tentang "Mandi Wiladah" itu..... MasyaALLAH ,
betapalah jahilnya kita ini.... according to Ustazah, kita
memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak
boleh kira overall saja.


Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini
maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh
ALLAH...Nahuzubilla h'minzaliq. ..Wallahua' lam


Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak
mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun
Lagi Maha Mengetahui. 

Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak
tahu akan hal ini.....


Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've
talked to several ladies...and kebanyakkannya semua tak tahu yang there
exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering
tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being
sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah
berada di dalam keadaan bersuci...


Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila
ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib
mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka
ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis.
Para bapa langsung la
sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah.
Kan ke tugas
suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh
semua orang.


Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut
masuk angin.


Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua
orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil
inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal
ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati
dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran
cahaya mata.


Perkara Wajib mandi hadas besar;


Bagi lelaki 2 perkara:


1. keluar air mani


2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak
keluar mani pun kena mandi juga.



Bagi perempuan:
1, Haid


2. Wiladah (melahirkan anak)


3. Nifas


4. Bermijimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.


Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu.
Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan
kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:


1.      Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja
kepala bayi keluar.


2.  Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka
diwajibkan mandi hadas.


menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan:


"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku
kerana Allah Taala".


Tula saya teringat orang tua-tua kita tak kasi org dalam pantang tu
mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir
balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga
pantang.
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap
kelahiran..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam
masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap
hari Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dng air sejuk..
cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.


Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang
lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang
pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang
lain..InsyaAllah


Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal "remeh" (walaupun ini
sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalkan bersama.


Wallahua'lam.

MULUT TU TOLONG JAGA SKIT.....LEH???

awak...saya nak gtau ni...saya sakit hati la kat awak...leh tak klu nak bercakap awak jaga skit bahasa awak tu...klu bagi awak biasa ja...tapi bagi org lain...sakit ati sgt...mcm saya...saya nak bagitau awak....walaupun saya belajar sampai universiti..seposen pun saya x mintak duit awak tau, so lain kali x payah la dok cakap "belajar tinggi2...tapi keja kat sini jugak"....saya sakit ati sgt2 dgr ayat tu....
awak tau tak????rezeki, jodoh, ajal sume tu Allah yang tentukan bukannya saya...bukannya saya tak usaha untuk keja yang lebih baik, setimpal dengan kelulusan saya... tapi dah x dapat....dah rezeki saya ada kat sini...saya redha ja..saya hepi dengan keja saya ni, walaupun gaji saya tak setinggi gaji awak.....sebab disini la tempat saya mencari rezeki halal untuk anak2 saya......gaji awak tinggi sbb awak keja sini dah lama walaupun awak tak berkelulusan tinggi, tapi saya tak pernah merendah2kan diri awak..saya lagi hormatkan awak..
yang awak tu lebih2 sangat napa??awak buat ja keja awak..saya buat keja saya..klu time awak x dak..saya tetap akan  tolong awak jugak...
ni bukan pertama kali tau awak sakitkan ati saya..dah banyak kali dah..tapi saya buat tak tau je...walaupun sebenarnya aku rasa nak ja penampaq muka hang.....sebab saya pikir..kita keja satu tempat....wat pa nak masam2 muka...nanti ati tak senang, nak keja pun x best...tul x?tapi saya rasa awak memang melampau sangat2..saya pun rajin jugak bergurau dengan awak..tapi setiap gurauan saya tu ada batasannya....setiap apa yang saya nak cakap, saya pikir dulu....saya takut awak kecik ati ke, sakit ati ke, terasa ati ke...tapi awak main sedap mulut awak ja kan....
lagi satu saya nak bagitau..klu awak nak recommend gaji saya naik..awak buat je la...tak payah awak nak perli2 saya.....saya tak nak nnti, dibelakang hari awak dok ungkit2, saya naik gaji disebabkan awak...awak dah keja lama kan kat sini...saya pun dah bertahun2 kan dok bawah awak...so, awak dah boleh nampak apa kelebihan dan kekurangan saya kan...tapi napa awak suka perli2 saya yer....klu awak rasa saya tak layak tuk naik gaji, awak tulis je la point2 kelemahan saya...senang ja kan...so..saya hrp sgt2...supaya awak lebih berhati2 bila bercakap...bukan ja ngn saya, tapi ngn sesiapa ja...boleh tak awak.....

dugaan pun tiba...

ishhh!!!! time2 my luv x dak ni la, keta wat hal plak...pg td masa tgh drive, tetiba ja bunyi something...masa tu kat traffic light..then bila nak masuk gear ja..tetiba gear tu loose gila...camna ni...camna ni....aku ni dah la buta pasal keta...tahu drive bawak pegi balik keja ja...paling risau nak lik nnti...kang tgh2 drive rosak tgh jalan lak...lagiiiiiiiiiiiiiiii parah...klu bawak g workshop maunya dia hentam charge mahal, tambah lak tgk pompuan mcm aku yang cetek ilmu pengetahuan keta...nampaknya aku kena la buat muka tak malu mintak tolong kwn2 laki yang ada kat sini....dugaan btul la...masa ni la keta nak rosak..masa ni la handphone pun  nak problem jugak...bukan setakat x leh call, x leh msg..nak on pun x leh...parah!!!!!!!!!!!!! dugaan..dugaan....












"11 AMALAN YANG TERBALIK"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah
terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh
Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut
dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah
sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati
selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan
seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w di
mana Rasulullah s.a.w telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk
keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga
tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan
belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir
makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim
yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum
dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam
berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak
dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau
ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya
kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke
kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi
makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas
dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahupun di masjid,
pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu
perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan
nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,
sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang
supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat
malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah
seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan
setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa
adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di
bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri
pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat
kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa.
Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau
anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu
hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru
tuisyen sanggup dibayar sebulan RM200  tapi kepada Tok Guru Quran nak
bayar RM15 sebulan  pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan
kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran
atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang,
mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi
peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak
ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini,
rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak,
bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan
yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias
untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga
kurang bahagia.


Marilah kita berlapang dada menerima
hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita
menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut
selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan
peraturan hidup kita.

Mudah-mudahan ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua insyaallah

NURINA AFZA.....7 bulan 21 hari...

pejam celik...pejam celik...dah hampir 8 bulan usia nurina...terasa macam baru ja bersalinkan dia...
begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita.....moga bila besar nnti...nurina menjadi seorg anak yang solehah...


rambut saya lambat panjang la....
gigi saya dah tumbuh 4 batang, tu psl asyik nak menggigit aja...



 see....
 see....
 yeah!!!saya dah berjaya....
walaupun terkangkang2....saya dah pandai berdiri....

WORDLESS WEDNESDAY











WORDLESS FRIDAY

 

 

POT PET POT PET DAH START...

semalam bermulalah episod bizi maut dalam hidup aku....apa taknya...benda yang aku tak suka, aku kena buat jugak...aku pnh citer dlm entry ni BERITA TAK MENGHEPIKAN..tp tak pa...bukan selalu aku nak jadi lipas kudung kan....seawal pagi aku dh bgn....eleh!hari2 biasa pun bgn awal jugak..ni lagiiii awal...lps mandi, solat..siapkan sarapan untuk anak2 aku n diri aku sendiri...tp sebelum tu kena tukar pampers nurina dan wawan dulu...x kan nak biaq diorang p umah pengasuh ngn pampers landur(landoq-bhs org kedah) ja kan..penuh ngn air kencing..nak jln pun berat...sian anak aku nnti..korang smp ati ker?aku pun bergegas ngn handbag, ngan bag baju yang dh koyak rabak budak2 tu...ngn botol air mineral aku lg....smbl dukung sikecik tu...paling aku x tahan nak melayan karenah si wawan tu...aduh!!!tiba2 ja temperature aku leh naik tau ngn gelagat dia...dan dia selalu membuatkan aku lmbat masuk keja....tapi aku redha....rugi klu kita sebagai mak bapak x dpt merasa keletah anak2 yang semakin membesar semakin mencabar ni tau..hrp2 bl wawan besar nnti, wawan, abg haziq n adik nurina jadi anak2 yang soleh dan solehah yer....amin..

untuk pengetahuan anak2 mama..bila abah x da ni..jwbnya lik keja ja anak2 mama dh x leh bermain basikal atau apa2 ja ngn kawan2 yer...klu nak main pun..dlm kawasn gate jer...mama bukan kejam..tapi mama x sempat nak tgk2 korang main ..klu mama lepaskan korang main, mama kena beri perhatian 12 jam tau kat korang..kang wawan tersepit kat lift la...lift tertutup la..tau2 ja wawan dh ada kat ground floor...dgr tangisan ja dr atas..bahaya tau sume tu...mana mama nak turun bawah lagi, nak layan adik lagi...haziq la...suka sgt ajar wawan benda2 advanture mcm tu.....korang tau la..adik korang ni...asyik nak merap mama ja...nak masak pun mama kena dukung dia sebelah tangan..mama letak dia kat bawah nak buat susu pun dia nangis mcm sakit sgt2...mama lik keja ngn nak kemas umah lagi, basuh baju lg, kemas brg2 mainan yang 10x mama kemas, 10x korang sepahkan...mama sakit mata tau tgk sume tu..so..mau x mau mama kena kemas jugak...dh tu..mama kena bagi adik tidoq dulu br mama leh wat keja....nak bagi adik tidoq siap la setengah jam ke atas, kekadang smp sejam baru adik nak lena...so, kul bpe mama nak masak, nak makan..kang nanti korang gak dok bising kat mama ckp lapaq2...mama x smp ati tau..

jadi disebabkan perkara2 dia ats la...mama dh amik keputusan muktamad..hr cuti ja mama bagi pelepasan am untuk korang main ngn kwn2 kat luar yer...

TERIMA KASIH burung kedidi

memula sekali nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat cik rose cute atas kesudiaan dia untuk makeover my blog smp la jd camni...suka sgt2...len kali leh la mintak tlg lagi yer....opppsss!!!!tp bukan mintak tlg free kena byr tau...tidak tak berbaloi la penat lelah cik rose cute untuk amik tempahan sume tu..dh nama pun tempahan kan....
so..pada blogger2 yang masih baru mcm saya, yang x byk ilmu untuk membuat blog leh la mintak tlg ngn cik rose cute  yer....mmg terbaek la....

p/s: bila tgk blog cute jer...nk berblog selalu pun rs semangat jer..tul x...hehhehehhe...