Kek Coklat Kukus

salam sume...mggu lps 12.05.2013 kan ke hari ibu....kebetulan jgk hari lahir wawan yg ke-3 jatuh pd hr yg sama. So, mlm tu decide nak wat kek coklat kukus....actually wawan request kek angry bird tp tak sempat dh nak g tempah...so, buat je la, kek sempena besday wawan dan hari ibu.Resepi ni saya ambil dr blog AMIE'S LITTLE KITCHEN.Terima kasih bayak yer kak amie atas perkongsian kek yg sedap ni...mintak izin saya copy paste kat sini plak yer...

KEK COKLAT KUKUS LEMBUT & LEMBAP
Bahan-bahan:
  • 100g Serbuk Koko*
  • 200g Gula pasir*
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur gred A - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum 
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder
Caranya:
  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
  2. Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit demi sedikit sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
  3. Masukkan ke dalam loyang.Bakar hingga masak.Suhu bergantung pada jenis oven. Kek ini juga boleh dikukus
  4. Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing atau ganache.

          maaf yer wawan...mama x khatam lagi cara2 nak hias kek, nnti mama belajar smp pandai yer

 wawan malu2 nak potong kek

 nurina ni tgh tggu nk mkn kek...


walaupun hiasan tak lawa yg penting rsnya....mmg sdp








0 comments: