KATA-KATA AZIMAT

salam, pagi ni tetiba ja aku teringat kata-kata cikgu sekolah rendah aku dulu, cikgu Azmi..masa aku sekolah kat Sekolah Kebangsaan Kulim, Jalan Tunku Bendahara, Kulim, Kedah...
Kata-kata ni masa dia tulis dalam otograf aku dulu (dulu zaman sekolah rendah + menengah, autograf paling famous kan?) bunyinya begini :

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB YANG PALING UTAMA ADALAH MELENGKAPKAN DIRIMU DENGAN ILMU PENGETAHUAN SERTA SELALULAH MENEMUI 'DIA' YANG SATU DAN MOHONLAH PERTOLONGAN DARI'NYA'...

bagi aku, kata2 ni cukup bermakna dan InsyaAllah aku akan ingat sampai bila-bila...

  • buat cikgu aku, cikgu Azmi....apa khabar cikgu sekarang..klu cikgu masih ada, moga Allah sentiasa memberi keberkatan, kerahmatan dan kebahagiaan buat cikgu dan sekiranya cikgu dah tak berada di dunia ni, Al-Fatihah buat cikgu dan semoga roh cikgu tenang disana...amin....yarabbal alamin...

0 comments: