tanah tinggi cameron...

      


       
















Aku sebenarnya suka lihat pokok2 hijau,bunga2an...pendek kata kehidupan semulajadi yg menhijau...yg sejuk mata memandang...tu psl aku upload gambar diatas...aku rs tenang..nyaman..tenteram ja...tu bg aku la...korang sume x tau la kan...awal thn ni,bln january..aku n family aku g bercuti kat cameron...akceli x plan pun..tp dh last2 minit br tergedik2 buat keputusan yg maha drastik nk g cameron..apa lg...4,5 hari seblm tu siang mlm hp x terlps dr tangan aku..

ye lah...siang mlm aku asyik call seluruh hotel n chalet kat cameron tu tuk cr tpt menginap...mmg sah2 la penuh kan...so,disbbkan aku ni mmg kaki bejalan..aku x kira..aku ajak gak my luv n anak2 aku g sana..cadang tu nak bertolak pagi,ptg@mlm nak lik semula shah alam..tp dh smp sn pun kul 2 ptg.apa lg aku wat muka x malu la ms time mkn tu.aku tanya org merata2..nsb menyebelahi aku jgk..akhrnya ada jgk umah kosong...tp satu umah tu sewa sehr rm450 tu...mahai gila..nsb la ada 1 family besar tu...dr johor..aku sewa sebiji bilik dok serumah ngn diorg..krnya aku byr rm150 tuk 1 bilik n diorg byr rm300..krnya tercapai jgk la hajat aku nak bermlm kat sn...(no komen..mmg dh kaki bejln)..

moral of the story: len kali nk g bercuti kat mn2..planning tu PLG PENTING...diulang...PENTING YER...hehehhe...ni aku upload gmbr len plak yer...mesti jemu tgk gmbr tu jer..x pun dok pk...(dia ni x dk gambr len ke nak tjk..kan...)


singgah mkn aiskrim...taruk strawberry fresh punya...
haziq tersenyum lebar...

rumah ni khas tuk kakitgn krjn jer..tp ms aku g hrtu..sume dh penuh
rumah ni khas utk kakitgn kerjn shj...tp ms aku g hrtu,sume rumah dh penuh..untungnya kat sini..walau menginap umah sebesar alam pun..rate dia lbh rendh compare ngn hotel2@chalet2 kat luar tu.mmg berbaloi2...



dlm perjln mandaki ladang teh


jom shopping...



gila tgk bunga2an yg pelbagai jenis,warna n bentuk...

BOSAN OH BOSAN....bkn mama bosan...

salam pagi sabtu sume....

sebenarnyakan...hrni..hari yg paling membosankan..bkn sbb apa..sbb aku x suka keja hari sabtu...
tp dh kat sini la tpt aku mencari rezeki..so aku kena redha la...sejak ada bby ni..aku rs x sbq nak lik umah..nak jmp si kecik tu...w'pun nnti bila smp umah ja...aku rs keadaan rumah aku cam tgh berperang..
tp x pa...bila aku dpt tgk muka anak2 aku..n my luv...(w'pun sbnrnya nnti aku dpt bygkan muka2 anak aku comot mcm kucing,almaklum la dok ngn my luv....klu dok ngn aku..comei2 ja...tp aku kn bersyukur coz my luv dpt jg depa sume ngn baik..hehehhe..)aku dh rs lega...moga2 Allah panjangkan usia kami sekeluarga...amin..ya rabbal ala min...

aku x tau nak tulis apa..tp disebabkan tahap kebosanan yg dh melampaui batas...aku nak tulis jgk dlm bloq ni...mesti kawan2 aku yg len heran(specially chinese),napa hrni aku n geng2 seangkatan aku berbaju kurung..
ye lah..biasa hr sabtu ktorg mmg simple gila...seluar jeans n t-shirt je...tp hrni ayu lg...

sbbnya...lps abih keja kul 1 ni.(lupa nak gtau..hrni ktorg kj half day).ktorg nak rushed trus g klang...member opis ktorg nak bertunang...tu pasal la..sian si kecik aku..tggu lama kat umah tu....mesti dia dok tercr2 aku...sob!sob!sob!..sedih plak...tu la..naluri seorg ibu...biasa kul 1 aku dh bertolak nak lik umah,ni kul 1 br nak bertolak g umah member aku tu...

oh ya!!!tlg jgn pk negatif yer..coz aku asyik2 si kecik jer...sbnrnya ksh syg aku pd anak2 x da bezanya...sume aku syg sama rata,sama byk...w'pun anak aku yg 1st n 2nd tu lelaki...n yg 3rd tu girl...(mesti igt..ooooo.ptt la..sbb girl)..bkn yer...actually dh dia mmg bby lg..so kn la bg byk perhatian skit...btul x???btul kan??ok..klu setuju kasi angguk kepala...hehhehe...ok lah..aku nk mintak diri dulu...sbnrnya aku tgh sedih lg ni...mengenangkan si kecik aku..nak g lap air mata dl...babai...

jeng...jeng...jeng..ni lah gambar aku n kwn2 ngn member opis yg bertunang itu....chumel x??????








gambar pelamin ni cantek..tu psl nak msk jgk..


renung-renungkanlah wahai wanita....



ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ
Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.
Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.
Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa.
Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya.
Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

Kecantikan Lelaki


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

KISAH KELAKAR

Kat bawah ni ada satu kisah kelakar yang diciterkan oleh seorang perempuan yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Bedah Redah! Cerita dia gini...

Sebagai seorang kakitangan kerajaan... bila hari jemaat saja aku suka
balik rumah.. pasal masa rehat dia panjang. Tapi hari Jemaat tu hujan
dengan lebatnya... So. Aku tumpang officemate aku sampai depan
rumah. Rumah aku ni berbukit sikit... Sebelum turun.. akak tu janji nak ambil aku pukul 2.30 petang...

Hujan kat luar masih lagi lebat... jam hampir ke 2.30 petang.. aku
mandi dan sembahyang.... lepas tu bersiap siap tunggu akak tadi datang
ambil aku. Jam dah pukul 2.35 aku dah risau.. mana akak ni.. tak sampai
sampai lagi...office masuk pukul 2.45 petang.

Tunggu punya tunggu.. hah.. yang dinanti sudah pun tiba!!!! kereta
proton warna cokelat matelik pun berenti kat depan rumah aku. Hujan
punyerlah lebat... so aku ambil
surat kabo lipat tebal tebal takut
tudung aku basah...lepas kunci pintu.. aku terus berlari turun...
pasal rumah aku berbukit.. aku kena berlari hati hati..

Sampai saja kat kereta... aku tak tunggu lagi.. terus bukak pintu dan
duduk kat tempat sebelah pemandu.. Tapi Kenapa akak tu tak jalan.
Aku toleh kat sebelah... lah... rupanya orang lain!!!! Aku tengok orang
tu.. orang tu tengok aku.... Mulut orang tu siap ternganga lagi...

Ish... siapa ni?! bagaimana aku boleh silap ni... habis tu.. kat luar
ujan lebat.. takkan aku nak keluar.. aku dengan muka macam kerang
busuk berkata,"Err.. bang boleh tulung hantar kat UTM tak?"

Abang tu pun... tak jawap apa-apa agaknya pasal masih tergamam lagi..
terus angguk.

Sepanjang perjalanan aku diam... abang tu pun diam... masing masing
masih gabra lagi.. Aku lagi lah gabra. EnTah kereta sapa saja aku main
redah. Aku malu.. bengang.. rasa muka aku dah di tepek-tepek dengan
taik... Aku berdoa semoga aku pengsan masa tu.. tapi sayang.. aku tak
pengsan pun.

Bila sampai kat destinasi... aku pun turun... lepas ucap terima kasih.
Sampai kat opis aku tunggu kakak yang sepatutnya ambil aku. Bila
kakak tu sampai dia tanya aku,

"Pergi naik apa? Kenapa tak tunggu?"

Maka aku citalah peristiwa yang sadis tu.... Ya Allah.. kakak tu
punyerlah gelak gila kat aku... Ishhh!!! Sungguh memalukan. Tapi itu
cerita 3tahun lepas... sekarang ni... Abang yang aku tumpang tu.. dah
jadi suami aku He..he..he..

Kekadang bila ingat balik.. ish.. malu sungguh. Suami aku pun kata
masa tu dia ingat aku nak rompak dia.... he..he.he.he. Aku pun tanya
Kenapa masa tu dia berenti kat depan rumah aku... Then.. dia kata
dia nak ambil beg duit kat seat belakang tu pasal dia berenti. Tapi tau tau aku pulak yang masuk..... He..he..he.. sampai sekarang ni.. dia masih ejek aku lagi pasal perisitwa kurang tu...

Tapi kalau peristiwa tu tak berlaku. Maybe aku tak jumpa lagi suami
aku yang sowang ini? ihiks!!

So, moral daripada cerita ni : tumpang saja mana-mana balak yang ada kereta untung2
boleh buat laki.... miahahaaa

 
 utk lelaki..tumpang je mana2 aweks yg berenti..kalau cun buat bini..kalau tak pun buat save duit..hehe - ni aku yg nokok tambah...